Sunday, September 30, 2012

Big Shot



ramai yang tanya macam mana guna ? jadi macam mana ?
okey ,nama mesin ni BIG SHOT .
fungsi ?
cepatkan kerja ..tak payah tekap ,tak payah gunting ,
cuma gunakan dies(acuan) dia sahaja .
gelek then siap ..macam kat bawah tu ..
haaa .
biasanya cara manual makan masa 20 minit untuk sekuntum bunga tapi bila guna BIG SHOT tak sampai 1 minit. jimat masa kan ?



tadaaa !
ni la hasilnya ... :)

BROOCH / HAIRCLIP


 
ROSE BROOCH 3D / ROSE HAIRCLIP 3D
harga borong :
50unit = RM70
100unit = RM140
150unit = RM200 
*harga tertera adalah termasuk pos


Friday, September 28, 2012

keychain nama rainbow


 boleh  tekan gambar untuk lebih jelas jahitannya ..
sume pakai jahit tangan ,huruf pun gunting dengan tangan .


haa ,terima kaseh fiza sebab sudi order dengan saya :)


# untuk order ,boleh emailkan kepada ' smart_angah29@yahoo.com '

beg sulaman reben



haa , okey tak ? nak letak kain telekung sembahyang pun boleh .

maaf la ,gambar tak berape okey sangat ...

keychain Superman


langkah pertama : carik gambar kat google .hehe
langkah kedua : print gambar then tekap atas kain felt .
langkah ketiga : gunting kain macam kat atas ni .
langkah empat : gam dulu sikit sebab taknak kasi gerak .
langkah empat : jahit /letak fiber .
langkah lima : siap ! ehee .

saiznya agak besar ,sebab tuan dia nak gantung kat beg sekolah ..
nak suruh nampak dari jauh ..hohoo 


frame gambar




boleh jugak nak buat hadiah untuk orang tersayang atau kawan kawan .
ni saya buat sempena hari lahir umi ..
beli frame then tak tahu nak buat apa ,tiba tiba datang idea nak buat macam ni .ehee
boleh gantung kat dinding bilik/ rumah :)

Thursday, September 27, 2012

Pembuka Kata dari HOMEMADE UMI & ANGAH

Assalamualaikum wbt ,
dah lame berangan nak buat blog niaga sendiri tapi takde panduan ..
akhirnya hari ni terciptalah jugak ,Alhamdulillah :)
kat sini saya akan share hasil kekerasan tangan dengan anda semua .
teringin nak serius dalam bidang ni ,sebab tu try jugak buat sendiri blog nih .
cari panduan dekat google aje yang mampu .hehe .
terime kaseh banyak dekat google dan sape sape yang share tuh .. ^^
semoge kalian dirahmati ...
terima kaseh jugak kepada customer yang sudi order dari
HOMEMADE UMI & ANGAH ni ..
apa yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT ,dan sebaliknya datang dari kelemahan saya sendiri ...
selamat menonton .

Wednesday, September 26, 2012

keychain


tak tahu lah nama apa disebalik huruf huruf ni .huhu
orang order ,kita buat ..


ni best friend forever kot ,
design oleh customer sendiri ...



wallet

 eh tengok ,,saya dah ada label sendiri ..
Alhamdulillah sedikit demi sedikit ..
wallet ni boleh letak duit kertas RM50 dan kebawah ..
kad pun boleh letak jugak ..


beg sulaman reben


okey nak promote siket ,
ini beg sulaman reben ..mak yang buat .
sekarang kan dah ramai yang pakai beg macam ni .hehe
corak boleh cakap nak macam mana .


ramai suka warna merah banyak ,diorang kata baru lah timbul .
yelahh ,citarasa masing masing ... :)

totoro phone case


sekarang famous giler kan dengan totoro nih ..
sampai ade yang mintak nak buat phone case .
lupa nak ambil gambar bahagian dalam ,,kami guna kain alas supaya tak mudah rosak ..



pouch/small beg with zip

apa lah agaknya ni ye ?
ini beg berzip ,boleh letak duit dan handphone sekali .
saiznya atas diorang ,ada yang nak kecik dan ada yang nak besar ..
harga pun ikut saiz lahh .hehe :)




beg untuk bayi


Alkisahnya bermula dengan seorang cikgu sekolah rendah datang ke tempat kerja ,
dia duk tanya saya buat apa dengan kain felt tuu .. dia cakap nak suruh buat beg untuk letak pampers baby boleh ke ?
eh ,boleh sangat lah ...


felt pillow 14 x 14

hah ,order dari kakak nak letak dalam kereta viva dia ..
untuk studio .
bantal 14 x 14
Alhamdulillah dia sangat suka :)
tukang buat pun enjoy .hehe

1 lagi bantal ,kakak jugak yang order ..
untuk butik pengantinnya .
bantal saiz 14 x 14
saiz ni memang sesuai untuk letak dalam kereta .
kami guna kain yang sangat berkualiti untuk diijadikan sarung .
coraknya anda sendiri boleh designkan ..

harga : RM40 (termasuk bantal)

PHONE CASE

model : anak jiran(nayli sophina)
phone case ni si gigirl order untuk si boboy dia .

ini order dari student UMT ,
kawan kakak .



order dari sepupu ,
dia nak tempat pegang dan boleh tutup ..
so kita buat lah macam tuu ...
dia cakap nak ade kura-kura .hehe
lambang anak terengganu katanya ...